Johor Darul Takzim (JDT) nekad mahu menjinakkan Bujang Senang dalam aksi Liga Super di Kuching untuk memastikan mereka terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga Pahang.
Mengakui tugas itu bukan mudah, ketua jurulatih JDT, Mario Gomez berkata skuadnya tidak mempunyai pilihan selain mengutip tiga mata di Stadium Negeri malam ini.
Katanya, perlawanan itu sangat mencabar kerana rekod Sarawak di gelanggang sendiri cukup baik dengan hanya sekali kalah dalam tujuh perlawanan.
Tambahan pula, kapten Harimau Selatan, Safiq Rahim tidak dapat diturunkan kerana digantung satu perlawanan setelah mengutip lima kad kuning.
“Saya menjangkakan satu pertembungan yang sengit menentang Sarawak, lebih-lebih lagi kami kehilangan beberapa pemain utama yang digantung dan berehat panjang disebabkan kecederaan seperti Junior Eldstal dan Hariss Harun.
“Harapan saya agar pemain dapat beraksi dengan baik dalam tempoh 90 minit dan jangan terlalu mudah hilang penguasaan bola serta bijak membentuk barisan pertahanan.
“Antara kelemahan yang perlu kami perbaiki ialah gerakan penyudah. Begitu banyak serangan yang dilakukan, hanya satu atau dua sahaja menghasilkan jaringan dan ini perlu dibaiki,” katanya.
Gomez berkata, bekas pemain tengah Harimau Muda, Gary Steven Robbat bakal memikul tanggungjawab yang berat apabila mengisi kekosongan ditinggalkan Safiq untuk mengemudi jentera tengah Harimau Selatan.
Pengendali kelahiran Argentina itu yakin bahawa Gary mampu menggalas tugas Safiq dan membantu JDT meraih kemenangan malam ini.
Related posts
- JDT Juara Liga Super 2015
- Video Pahang 3-2 JDT Liga Super 2014
- Mampukah JDT merampas kedudukan Pahang malam ini?
- Keputusan Liga Super 1 Ogos 2015
- Video Pemain T-Team ditumbuk dalam terowong bilik persalinan
- PBNJ umum 25 pemain JDT musim 2015
- Pahang kekal momentum, JDT terus mengejar
- Keputusan Liga Super 5 Ogos 2015
- JDT 2-0 Pahang MSL 31.1.2015
- Selangor hilang khidmat Cornthwaite