Manchester City terus ekori Chelsea

ADAM Johnson menjaringkan gol pada babak kedua untuk Manchester City menang 2-1 menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam tadi. Johnson yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-75. Sebelum itu, City membuka jaringan seawal minit ke-18 menerusi ketua pasukan, Carlos Tevez. Tevez menjaringkan gol melalui […]

Continue reading

Chelsea terlalu hebat buat Arsenal

Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar terdekat, Manchester City yang menewaskan Newcastle 2-1 […]

Continue reading

Blackpool tambah derita Liverpool

NASIB Liverpool terus malang apabila kini menghuni tangga ketiga tercorot Liga Perdana Inggeris selepas tewas buat kali ketiga musim ini kepada pendatang baru, Blackpool 1-2 di tempat sendiri malam tadi. [LIHAT CARTA EPL] Kedudukan itu sekali gus menambah derita skuad bimbingan Roy Hodgson yang kini hanya mencatat satu kemenangan dan tiga seri selepas mengharungi tujuh […]

Continue reading

Bolton 2-2 Manchester United

JARINGAN Michael Owen tiga minit selepas dia beraksi di atas padang menyelamatkan Manchester United daripada menerima kekalahan pertama saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sebaliknya sekadar berpuashati berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Bolton di Stadium Reebok sebentar tadi. Bolton berjaya mendahului United pada minit keenam menerusi jaringan Zat Knight, namun Nani menyamakan […]

Continue reading

Liverpool 2-2 Sunderland

LIVERPOOL terus dirundung malang apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris dengan Sunderland di Anfield. Darrent Bent menjaringkan dua gol buat pasukan pelawat sementara dua gol Liverpool dihasilkan menerusi Dirk Kuyt dan Steven Gerrard. Pada satu ketika Sunderland mendahului Liverpool 2-1 selepas Dirk Kuyt membuka jaringan awal tuan rumah pada minit […]

Continue reading

Arsenal 2-3 West Bromwich

ARSENAL menerima tamparan hebat dalam usaha merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea apabila tewas mengejut 2-3 kepada West Bromwich di Stadium Emirates sebentar tadi. Sekali pun beraksi di gelanggang sendiri, Arsenal ketinggalan 3-0 ketika perlawanan berbaki 20 minit untuk tamat. Arsenal bangkit dengan menjaringkan dua gol selepas itu menerusi Samir Nasri namun […]

Continue reading

Manchester City 1-0 Chelsea

REKOD tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan berturut-turut akhirnya lebur selepas tewas 0-1 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam ini. Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez muncul wira City selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi gerakan solo menarik bermula dari tengah padang sebelum melepaskan rembatan ke arah […]

Continue reading

Chelsea belasah Blackpool 4-0

Chelsea ledak 21 gol, hanya lepaskan satu gol dalam 5 perlawanan KEDUDUKAN Chelsea di tangga teratas Liga Perdana Inggeris terus kukuh selepas membelasah pasukan baru, Blackpool 4-0 di Stamford Bridge awal pagi ini. Pesta gol Chelsea dimulakan oleh Salomon Kalou seawal minit kedua perlawanan sebelum Florent Malouda menggadakan jaringan 10 minit kemudian. Peledak utama Chelsea, […]

Continue reading

Manchester United atasi Liverpool 3-2

DIMITAR Berbatov menyumbat jaringan hatrik pertamanya buat Manchester United ketika membantu mengatasi musuh tradisi, Liverpool 3-2 dalam aksi menarik di Old Trafford malam ini. Jaringan hatrik itu sekaligus memadamkan kecemerlangan kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menjaringkan dua gol ketika The Reds cuba bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada satu ketika sebelum gol kemenangan tuan rumah hadir […]

Continue reading

Tottenham 3-1 Wolverhampton

TOTTENHAM menjaringkan tiga dalam tempoh 15 minit terakhir perlawanan untuk menewaskan Wolverhampton 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, lewat malam tadi. Sebelum itu, Steven Fletcher menjaringkan gol di hujung babak pertama bagi membolehkan Wolves mendahului 1-0 sebelum perlawanan berhenti rehat. Namun jaringan penalti Rafael Van der Vaart (m-76), Roman Pavlyuchenko (87) […]

Continue reading