Manchester United 3-0 West Ham

MANCHESTER United kembali memberi tekanan kepada dua pasukan teratas liga, Chelsea dan Arsenal selepas mencatat kemenangan meyakinkan ke atas West Ham di Old Trafford awal pagi tadi. Penyerang United, Wayne Rooney akhirnya menamatkan kemarau jaringan sejak Mac lalu selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pembukaan pada minit ke-33. Nani dan Dimitar Berbatov menjaringkan dua […]

Continue reading

Chelsea 2-0 Stoke City

CHELSEA mengekalkan prestasi cemerlang apabila menewaskan Stoke 2-0 di Stamford Bridge untuk terus berada di persada liga. Chelsea berpeluang untuk berada di depan pada awal permainan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti setelah Florent Malouda dikasari Ryan Shawcross. Frank Lampard gagal untuk menyempurnakan penalti tersebut yang diselamatkan oleh penjaga gol Stoke, Thomas Sorensen. Kegagalan Lampard itu […]

Continue reading

Blackburn 1-2 Arsenal

DUA gol jaringan Theo Walcott dan Andrei Arshavin membantu Arsenal menewaskan Blackburn 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Ewood Park, sebentar tadi. Buat sementara waktu Arsenal kini memimpin carta liga dengan kelebihan satu mata mengatasi juara bertahan, Chelsea yang beraksi menentang Stoke City di Stamford Bridge malam ini. Jika The Blues berjaya menewaskan Stoke […]

Continue reading

Alex Ferguson merah padam

Manchester United sekadar seri ketika Chelsea dan Arsenal menang besar SIR Alex Ferguson melenting selepas cemburu melihat pesaing lain (Chelsea dan Newcastle) merakamkan kemenangan dengan enam jaringan ketika barisan didiknya, Manchester United hanya sekadar mampu meraih satu mata ketika menentang Fulham, kelmarin. Tambah perit, wajahnya merah padam apabila Nani gagal menyudahkan sepakan penalti pada lewat […]

Continue reading

Manchester City aibkan Liverpool 3-0

PENYERANG Argentina, Carlos Tevez menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan selesa Manchester City ke atas Liverpool 3-0 di Eastlands, awal pagi tadi. James Milner yang berganding bersama bekas rakan sepasukannya di Aston Villa, Gareth Barry membantu memberi gol pembukaan untuk City seawal minit ke-13. Ia disusuli dengan penyerang Argentina itu cemerlang menyambut tandukan Micah Richards […]

Continue reading

Fulham 2-2 Manchester United

BREDE Hangeland menebus jaringan gol sendiri dengan menanduk masuk gol penyamaan ketika Fulham bangkit dua kali untuk mengikat Manchester United 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. Hangeland bangkit selepas menolak sepakan sudut Ryan Giggs ke gawang sendiri pada minit ke-84 untuk menanduk masuk melepasi Edwin Van der Sar enam minit kemudian. Selepas gol […]

Continue reading

Newcastle cipta kejutan

Andy Caroll mencatatkan hatrik bagi membantu Newcastle membenam Aston Villa 6-0 di St James’ Park. Newcastle yang dibimbing oleh Chris Hughton mencatatkan kemenangan pertama sejak melangkah ke Liga Perdana Inggeris dari Championship musim lepas. Pendatang baru itu mengambil peluang dari kegagalan pemain Aston Villa, John Carew menyempurna sepakan penalti pada separuh masa pertama untuk menguasai […]

Continue reading

Hatrik Walcott akhiri mimpi indah Blackpool

PEMAIN sayap England, Theo Walcott merakamkan jaringan hatrik, malam tadi membantu Arsenal membelasah pendatang baru, Blackpool yang bermain dengan bekalan 10 pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Walcott menyumbat dua kali pada babak pertama dan menambah satu selepas rehat manakala gol lain The Gunners adalah sumbangan Abou Diaby dan Marouane Chamakh serta satu menerusi […]

Continue reading

Chelsea berkenduri gol lagi

DUA gol masing-masing oleh Nicolas Anelka dan Salomon Kalou membantu Chelsea meneruskan permulaan cemerlang bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan membenam Wigan 6-0 di Stadium DW awal pagi tadi. Florent Malouda dan Yossi Benayoun turut menemui gawang ketika pasukan Carlo Ancelotti meneruskan kecemerlangan menewaskan West Brom dengan keputusan sama pada permulaan musim minggu lalu. […]

Continue reading

Wigan 0-6 Chelsea

BUAT kali kedua berturut-turut, Chelsea mencatat kemenangan besar 6-0 di tempat lawan, kali ini Wigan menjadi mangsa belasahan selepas West Bromwich turut mengalami nasib sama ketika berdepan anak buah Carlo Ancelotti minggu lalu. Sekalipun tidak menjaringkan gol namun bintang Ivory Coast yang melakar hatrik dalam perlawanan menentang West Bromwich, Didier Drogba muncul arkitek penting bagi […]

Continue reading