Mesut Ozil mahu Arsenal mengesahkan status selaku pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menewaskan Liverpool pada pertarungan di stadium Emirates awal pagi nanti.
The Gunners bangkit daripada kekalahan perlawanan pembukaan kepada West Ham dengan mencipta kemenangan 2-1 di Crystal Palace, minggu lalu.
Liverpool berkunjung ke London utara dengan rekod dua kemenangan 1-0 perlawanan mengatasi Stoke di tempat lawan dan Bournemouth di Anfield.
Reds tumbang 4-1 di stadium Emirates April lalu sebelum Arsenal menamatkan saingan menduduki tempat ketiga dalam liga sebelum menjulang Piala FA di Wembley.
Ozil meledak sepakan percuma menarik jarak 25 meter pada pertembungan itu yakin perlawanan hari ini akan membuktikan keupayaan Gunners.
“Saya masih ingat kami mempamer aksi menyakinkan musim lalu. Kami mahu melakukannya sekali lagi,” kata pemain sayap itu kepada Arsenal Player.
“Kami beraksi di tempat sendiri dan memahami cara untuk menewaskan Liverpool. Itulah kami akan lakukan pada perlawanan itu.”