Misbun Tarik Balik ‘Letak Jawatan’

Isu Misbun Sidek Letak Jawatan

SELEPAS tiga bulan berdiam diri, jurulatih badminton perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek, hari ini bersetuju kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh, berkata Misbun bersetuju untuk menarik balik surat peletakan jawatannya yang bertarikh 31 Disember tahun lalu dan badan induk badminton itu akan menawarkan kontrak baru kepada jurulatih tersebut dalam tempoh terdekat.

Isu peletakan jawatan Misbun yang juga jurulatih kepada pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mencetuskan kontroversi selepas beliau mengambil sikap berdiam diri sejak menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Usaha Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong, yang beberapa kali bertemunya juga gagal mendapatkan jawapan daripada Misbun. -BERNAMA

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>