MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kecewa kerana kajian terhadap Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lepas masih belum siap.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) pernah memaklumkan bahawa kajian oleh perunding akan siap pada bulan Jun ini.

“Tetapi apabila mesyuarat minggu lepas, saya dimaklumkan kerja-kerja kajian diserahkan kepada konsultan hanya pada bulan lepas (Mei) dan ia dijangka siap pada September depan.

“Saya merasa agak dukacita di atas kelewatan yang berlaku. Jadi saya tidak dapat komen apa-apa mengenai perkara ini, tanyalah JKR sendiri. Saya kecewa sebenarnya,” kata Ahmad.

Kerja-kerja pembersihan runtuhan di stadium itu telah selesai sejak beberapa bulan lepas setelah bumbung utama stadium itu runtuh pada 2 Jun 2009 selepas digunakan semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2008.

Namun, stadium itu masih terbengkalai apabila kerja baik pulih belum dapat dijalankan sehingga sekarang kerana kajian oleh konsultan belum selesai.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Main topics: Umum

Sub topics: ,


Readers Comments (0)