Kelantan tepati ramalan awal

Gol S Chanturu, Norshahrul cukup buat Kelantan bawa pulang mata penuh

JUARA bertahan, Kelantan melaungkan amaran awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia apabila memberi persembahan bertenaga menewaskan pasukan Liga Perdana, Sarawak 2-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Jelas, congakan jurulatih, Datuk M Karathu mengatur strategi berjaya dimanfaatkan dengan baik anak didik walaupun cabaran mereka teruji pada babak pertama tanpa mampu menjaringkan sebarang gol buat melegakan tuan rumah pimpinan Robert Alberts.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan The Red Warriors terus melancarkan serangan ke kubu Sarawak namun ia tidak membutirkan sebarang hasil apabila berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan.

Nyata kesungguhan ditunjukkan pemain skuad Pantai Timur itu terus menemui jalan buntu apabila diikat seri 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Sejurus separuh masa kedua disambung, skuad kendalian jurulatih berpengalaman kembali melancarkan serangan sebelum penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya meletakkan Kelantan pada minit ke 69.

Sarawak yang ketinggalan satu gol bagaimanapun tidak memberi ruang mudah apabila berjaya mengekang banyak peluang keemasan yang dicipta penyerang Kelantan.

Harapan 20,000 penyokong tuan rumah untuk melihat kebangkitan Sarawak musnah apabila seorang lagi pemain kebangsaan S Chanturu menolak baik bola hantaran Norshahrul pada minit ke-85.

Kelantan akan bertemu Johor FC di Kota Bharu Sabtu ini yang bakal disiar secara langsung menerusi TV1 RTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>