Ahmad Shabery tegur isu kelewatan Khairul Fahmi

Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chik menegur perihal laku penjaga gol utama kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang gagal melaporkan diri ke Latihan Pusat Skuad Olimpik tanpa sebab kukuh semalam.

Khairul Fahmi sebaliknya hadir lewat sehari tanpa memberi sebarang alasan sebab kelewatannya kepada jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Bagi Ahmad Shabery perkara demikian seharusnya tidak berlaku apatah lagi Skuad Olimpik masih mempunyai peluang tipis untuk layak ke temasya di London 2012.

Video: Penjelasan Khairul Fahmi Lewat Hadir Latihan

“Saya harapkan kebijaksanaan dapat dicari antara pasukan kebangsaan dan kelab dalam menyelesaikan masalah ini.

“Saya rasa tanggungjawab untuk bermain di peringkat kebangsaan tinggal sedikit lagi.. antaranya perlawanan kelayakan untuk mendapat tempat di Sukan Olimpik.

“Walaupun peluang tipis tapi masih ada dan kita mesti mempamer aksi terbaik di saat-saat ini,” kata Ahmad Shabery.

Khabarnya Khairul Fahmi tidak mendapat pelepasan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang memberi fokus utama kepada saingan Liga Super berdepan Kuala Lumpur Sabtu ini.

Namun perlu disedari Khairul Fahmi memikul tanggungjawab penting selaku ketua pasukan skuad Harimau Muda.

Khairul Fahmi bagaimanapun sudah pun menjalani latihan Skuad Olimpik Kebangsaan petang tadi.

Latihan skuad Olimpik: Butler serah pada KAFA kedudukan Khairul Fahmi

JURULATIH Kelantan, Peter James Butler enggan mengulas lanjut kedudukan penjaga gol utama Red Warriors dan Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yang tiada bersama skuad Olimpik negara menjalani latihan, menjelang pusingan kelayakan menentang Bahrain pada 5 Feb ini.

Menurutnya, hanya Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa yang layak untuk mengeluarkan kenyataan.

Dilaporkan ketiadaan Khairul Fahmi untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik mulai semalam turut menjadi tanya kepada jurulatih Ong Kim Swee.

Butler berkata beliau tidak menghalang Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan Apek untuk menyertai latihan bersama skuad Olimpik kerana itu adalah tanggungjawabnya kepada negara.

“Namun saya tak mahu komen kerana itu bukan keputusan saya. Kalau dia mesti pergi dan mewakili pasukan negara, saya faham,” katanya.

Tetapi pada masa yang sama, Butler tetap mengharapkan kehadiran Apek di dalam skuad The Red Warriors.

“Saya juga perlukan Fahmi kerana dia sudah lama bermain bersama Mat Yo (penyerang Norshahrul Idlan Talaha). Kita mesti fikir kebajikan mereka tapi saya tak mahu komen untuk pasukan kebangsaan, anda tanya Tan Sri (Annuar Musa),” katanya.

Khairul Fahmi turut menyerahkan kedudukannya kepada KAFA sama ada mahu membenar atau sebaliknya untuk dia menyertai latihan bersama skuad Olimpik.

21 Responses to Ahmad Shabery tegur isu kelewatan Khairul Fahmi

  1. khairul fahmi ponteng latihan … kontroversi x abis2

  2. sebab kontoversi apek lah ko blh merasa menang AFF dan menang sukan sea lawan indon….aku xkisah le apek kontroversi ke ape ke, yg ptg dlm padang apek maintain 1st class….

  3. shabery chik tadak keje lain ke..pasal ni pun nk masuk campur..igt ko tu menteri belia dan sukan…byk benda lain lg nk buat pasal belia especially…

  4. shabery ni bodo. konon nak nampak buat keje tapi keje tak buat. menteri bodo!

  5. Aku ni x fahamlah dgn FAM. X penah mengaku kesilapan dan hanya tahu ‘belasah’ org je. FAM kat Malaysia ni cam mafia lah. Kalau diteruskan attitude camni, hancurlah bolasepak negara kita. Percayalah….

  6. Alahai FAM ! Sampai bila nak maju , benda tak patut jadi isu pun buat cerita . Menteri kalau nak campur pun , study sket .. jangan main taruk je .. Kenangkan jasa pemain pemaun yg telah berjuang demi negara . FAM kerbau depan mata tak nampak , lipas jauh sebatu boleh nampak. Steady pemain Malaysia. Anda wira negara.Koya Star kau jangan nak taram je , dengar cerita 2 belah pihak dulu.

  7. Isu ni menteri nak komen, isu lain tak brani nak masuk campur, isu fam dgn krenah kuno, isu bam yg nak mampus tak nak komen pun

  8. KAFA dan Apek tak daham arahan dari FAM, dia kene kecek kalte baru fahan, kena hantar surat dengan loghat klate..haha

  9. player yg bgs kat luar padg bebas kntrovesi & dlm pdg pun bebas kontrovesi… so apek ni xckup bgus lg la sbb kat lua padg byk gak kntrovesinya…

  10. Justice for all...

    Alahai… Jgn la cepat melatah.. Isu ni kecik sgt jer la, cuma salah faham.. Bukannya isu perkauman atau skandal seks mcm John Terry ke Ashley Cole atau Ryan Giggs tu.. Citer player kena dakwa di mahkamah kes rogol tu patut lebih diberi perhatian.. Pak menteri kita pun xleh trrlalu nk cmpur sgt Hal ni, nanti FAM kena ban ngn FIFA plk. Hal2 mcm ni biar FAM jer yg settle, Pak menteri pantau Dari blkang jer..
    Okey, majulah sukan utk Malaysia

  11. salah faham mender… masa masalah team terengganu hari tu siap kata che mat jusoh x faham isi surat dalam bahasa melayu lagi. siap kata x pandai2 nak rujuk fam kalau ada kekeliruan. ni apa cer?

  12. tak pandai baca surat ker? tahu keliru, xtak reti rujuk fam ker?

  13. minta FAM rujuk ko FIFA, mana kena ikut, kelab/majikan yang bayar gaji ko sapa???. OKS tak tahu kot…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>