Presiden FAM: Tunjukkan bukti jika betul ada rasuah

“JANGAN pandai cakap saja. Tunjukkan bukti sekali,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah berhubung dakwaan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mendakwa ada pemain pasukan negeri itu yang terbabit dengan gejala rasuah.

Sultan Ahmad Shah jelas kecewa apabila Shahidan hanya mengeluarkan kenyataan tapi tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong kata-katanya itu sekali gus menyukarkan semua pihak.

Justeru, beliau berkata, badan induk bola sepak kebangsaan itu tidak berminat membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu tanpa bukti kukuh yang boleh dijadikan asas.

“Sebarang dakwaan perlu disertakan bukti yang jelas bukan hanya tuduhan tidak berasas hingga menjejaskan imej pemain dan pasukan.

“Justeru, FAM tidak akan campur tangan hal ini, banyak tugas lain perlu kita selesaikan terutama membabitkan kemajuan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak boleh bercakap sewenang-wenangnya mengenai gejala rasuah dalam Liga M namun dakwaan itu belum pasti kebenarannya selagi tiada bukti yang boleh mengaitkan pemain.

Katanya, membuat tuduhan memang mudah tapi lebih baik sekiranya ia disertakan dengan bukti dan bukan semata-mata mengikut perasaan terutama apabila pasukan mengalami kekalahan.

SPRM siasat bola sepak Liga Malaysia

“FAM tidak akan campur tangan dalam kes rasuah seperti yang didakwa, kita hanya akan menyiasat dan bertindak andai terbukti kejadian itu berlaku. “Saya ingin menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mudah membuat tuduhan selagi tidak disertakan bukti terutama daripada pihak berkuasa. Imej bola sepak negara akan tercalar apabila isu rasuah mula dikaitkan.

“Sekiranya terdapat unsur mencurigakan, mereka yang bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi tujuan siasatan bukan membuat tindakan sendiri,” katanya di Rompin, semalam.

Sebelum ini Shahidan mendakwa ada pemain pasukan Perlis terbabit dengan rasuah apabila skuad itu gagal menyerlah terutama apabila tewas berturut-turut dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Mengulas saingan Liga M yang semakin rancak, Sultan Ahmad Shah berkata, rata-rata pasukan yang bersaing mempamerkan prestasi membanggakan hingga mampu menarik minat penyokong untuk datang menyaksikan perlawanan.

Katanya, itu adalah perkembangan yang baik seterusnya mampu meletakkan bola sepak negara pada landasan sebenar seperti yang diharapkan semua pihak.

“Saya harap semua pasukan dalam Liga Perdana dan Liga Super terus mempamerkan prestasi terbaik pada setiap perlawanan, peminat bola sepak sentiasa dahagakan yang terbaik.

“Selaku Presiden FAM, saya tidak boleh menyebelahi mana-mana pasukan, saya sokong semua pasukan selagi mereka dapat menunjukkan mutu permainan terbaik.”

10 Responses to Presiden FAM: Tunjukkan bukti jika betul ada rasuah

  1. “banyak tugas lain perlu kita selesaikan terutamanya membabitkan kemajuan bolaspak di ppringkat kebangsaan dan antarabangsa”…..HAKTUI!!!!!…….kelentong

  2. kepada tuanku presiden fam, sekiranya terbukti dan adanya pendakwaan rasuah dalam bola malaysia, apakah minat tuanku nanti dalam dakwaan seperti ini? tahun lepas pengadil syukri nor dan beberapa pasukan liga presiden dah didakwa utk kes rasuah. so maknanya ada la tuanku oooi.Tunaku igt tuanku punya kecewa je ke nak kena amik port, penyokong dan peminat bola yg kecewa dgn fam tuanku nak letak mana?

  3. aku malu jadi rakyat Pahang…

  4. TUANKU tanya lah diri sendiri ada ke tak kami rakyat marhaien ni tak boleh buat apa

  5. Siapa nak mengaku kat badan dia ada najis walaupun baunya memang jelas. Itu perkara yg kita sedang berdepan sekarang. Allah itu Maha Kaya. Kita serah dekat Allah sahaja supaya selesaikan. Walaupun kita kaya, kita x boleh merasuah malaikat maut. Terima kasih

  6. Setiap perbuatan keji akan ada balasannya. Balasannya akan tiba nanti, Insya’Allah

  7. botax………….blah r lu dolll..

  8. Presiden fam sila letak jawatan!!! Kami muak n mnyampah dgn segala tindakan n prbuatan kamu selama ini.

  9. Aku nie hormat org tua nie… :-P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>