Baling mercun: Kelantan didenda RM10,000

Posted by on Aug 17, 2011 | 2 Comments

Kelantan FAWALAUPUN diakui majoriti sikap penyokong Kelantan sudah jauh berubah, namun di sana masih terdapat segelintir penyokong skuad The Red Warriors yang diibaratkan membawa beban kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Terbaru, KAFA sekali lagi menerima hukuman denda berjumlah RM10,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara insiden balingan mercun oleh segelintir penonton semasa aksi final Piala FA 2011 menentang Terengganu, 11 Jun lalu.

Sikap liar segelintir penyokong berkenaan nyata seolah-olah umpama seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit sama.

Mana tidaknya, ia seolah-olah tidak selaras dengan fenomena yang dicetuskan penyokong bola sepak Kelantan dalam mewarnai dan memeriahkan Liga Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bukan lagi rahsia apabila pasukan lain mendapat laba dan faedah besar apabila berdepan Kelantan, secara tiba-tiba stadium yang suram akan menjadi meriah dengan kehadiran penyokong berbaju merah tak kira di mana saja skuad The Red Warriors beraksi.

Bagaimanapun secara keseluruhannya, majoriti penyokong Kelantan sebenarnya sudah jauh lebih berdisiplin berbanding penyokong pasukan lain.

Atau sebenarnya Kelantan lubuk untuk buat duit oleh FAM atau pasukan lain?




Related posts

coded by nessus

2 comments

  1. pok jat kg.kor says:

    bodo hok pekong bedil tuh

  2. rozee says:

    fam suko pasal buleh duit dari kafa,pasal tu fam tak ambik serius bendung perkara lapuk ni

Leave a comment