JUARA bertahan, Selangor berjaya meraih kemenangan ketiga dalam kempen Liga Super musim ini setelah menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Babak awal permainan menyaksikan Kedah lebih menguasai permainan tetapi usaha mereka menembusi gawang Selangor yang dikawal Iqbal Suhaimi menemui jalan buntu.
Sebaliknya, Selangor kurang mencipta peluang sehinggalah sepakan kaki kiri Amirulhadi Zainal dari dalam kotak penalti menggegar tiang kanan gawang Kedah pada minit ke-27.
Babak kedua bermula, Selangor tidak menunggu lama apabila berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-52 menerusi tandu- kan Fadzli Saari yang gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid.
Kedah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-72 tetapi percubaan Azlan Ismail sekadar singgah ke palang gol Selangor.
Namun, Selangor makin selesa selepas memperolehi gol kedua pada minit ke-80 menerusi tandu- kan pemain gantian, Asraruddin Putra Omar hasil sepakan sudut Safiq Rahim.
Biarpun Kedah memasukkan Ahmad Shakir Md. Ali dan Hat- taphon Bun Ann menggantikan Baddrol Bakhtiar dan Azlan, mereka tetap gagal menemui jaringan.
Selangor kini mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan, dua kali seri dan sekali tewas.
Related posts
- Liga Super 2011 bermula 15 Januari
- Siapa juara Piala Malaysia 2011?
- Selangor sasar juara Piala Malaysia 2010
- KAFA terkilan sikap 'double standard' FAM
- Video Gol Michal Kubala [Perak vs Selangor] Liga Super 2012
- Video: Selangor 1-0 Perak
- Devan’s riches of talent in Selangor team the envy of all coaches
- Seladang sedia gempur Red Giants
- Video Negeri Sembilan 2-2 Selangor [Liga Super 2012]
- Video: Kelantan 1-1 Selangor Piala FA
Main topics: Liga Super
Sub topics: Ked ah, Liga Malaysia, Liga Super 2011, Selangor
taniah kepada selangor……………
buat pasukan kedah teruskan perjuangan anda bila nak tunjuk belang nieee
biar digeruni lawan disegani rakan pulun kedah pulun…