Bojan Hodak sah jurulatih baru Kelantan ganti Butler


Bojan Hodak

KAFA putuskan pengganti Peter Butler

KETUA Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army), Bojan Hodak secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih Kelantan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Peter James Butler.

Keputusan untuk memilih Bojan selaku ketua jurulatih The Red Warriors yang baharu diputuskan oleh Jawatankuasa Pasukan Negeri, dipengerusikan Rosmadi Ismail semalam.

Sebelum ini Bojan disebut-sebut sebagai antara calon pilihan bagi menggantikan Butler apabila beliau diberi tanggungjawab mengendalikan sesi latihan skuad The Red Warriors.

Bojan diberi tanggungjawab itu apabila Butler menghilangkan diri, sebelum beliau mencapai persetujuan dengan KAFA untuk menamatkan kontraknya awal minggu lalu.

Rosmadi yang juga Naib Presiden KAFA berkata, pemilihan jurulatih kelahiran Croatia itu dibuat pihak pengurusan selepas mengambil kira pengalaman dan kepakaran yang miliki oleh bekas pengendali UPB-MyTeam itu.

“Dengan pengumuman ini, maka tamatlah segala spekulasi yang timbul sebelum ini tentang siapakah pengganti Peter James Butler.

“Kita yakin dan percaya, kehadiran Bojan Hodak mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Butler sebelum ini,” katanya di Kota Bharu semalam.

Rosmadi memberitahu, Bojan akan melatih Kelantan bagi tempoh setahun bermula Mac sehingga tamat musim ini.

“Pengalaman dan kepakaran yang dimiliki beliau sememangnya ditagih untuk memastikan Kelantan mampu mencipta kejuaraan musim ini,” jelasnya.

Bojan pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama UPB-MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phnom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada 2011-2012.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>