Azraai: Jang tak boleh cicir mata

Negeri Sembilan vs T-Team
Liga Super | 8 Februari 2012
Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi

KELEBIHAN bermain di laman sendiri tidak menjadikan skuad Jang kebal, sebaliknya mereka perlu berhati-hati memandangkan T-Team kini dilihat terdesak untuk meraih kemenangan selepas tewas dua perlawanan berturut-turut.

Menjangkakan persaingan sengit dari pihak lawan, pengendali Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah melihat anak buahnya perlu memberikan komitmen tinggi jika enggan tercicir.

“Skuad Penyu ternyata tampil lebih berbeza berbanding musim lalu. Jadi pemain tidak boleh leka dan perlu lebih berhati-hati dengan kesilapan ambil mudah untuk mendapatkan mata.

“Tuah beraksi ditempat sendiri perlu digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya enggan menghampakan peminat yang tidak pernah henti-henti memberikan sokongan kepada skuad kendaliannya.

Melihat barisan skuad Rusa kini sudah bersedia sepenuhnya meskipun terpaksa beraksi tanpa kelibat S Kunanlan yang digantung perlawanan, Azraai menganggap ketiadaan pemain tengah berbisanya itu bakal membuka peluang kepada pemain simpanan untuk diturunkan.

“Tempatnya S Kunanlan digantikan oleh Nazrin Nawi. Malah dengan kembalinya beberapa pemain kebangsaan dan juga Shakir Ali saya pasti jentera pasukan akan lebih kuat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pasukan itu terpaksa melupakan hasrat menurunkan pemain import dari Brazil, Fernando Augusto de Abreu Ferreira, yang diuji sebelum ini kerana bekas pemain Atletico Madrid itu tidak melepasi kriteria yang diperlukan, skuad Hoben Jang Hoben kini hanya akan menggunakan kelibat Jean Emmanuel Effa Owona sebelum mendapatkan pemain import yang lain. — SH

Negeri Sembilan vs T-Team 08.02.2012

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>