KELANTAN terus kempunan untuk memungut tiga mata penuh di gelanggang lawan apabila terikat tanpa jaringan dengan Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri Ipoh.
Ia adalah keputusan seri buat kali ketiga berturut-turut buat skuad bimbingan B Sathianathan ketika beraksi di luar Kelantan.
Dalam aksi pembukaan awal musim, Kelantan seri tanpa jaringan dengan Terengganu di Kuala Terengganu dan sekali lagi hampa apabila diikat Perlis dengan keputusan serupa di Kangar.
Dalam aksi di Ipoh malam ini, kedua-dua pasukan dilihat mampu mengutip mata penuh dengan tuan rumah menguasai babak awal saingan dengan bertali arus ke kubu Kelantan, manakala Kelantan yang menguasai permainan selepas rehat dihampakan oleh aksi tangkas penjaga gol tuan rumah, Khairul Izwan Mohamed.
Penjaga gol veteran, Halim Napi sekali lagi diberi kepercayaan mengawal gawang skuad Kijang dan beraksi baik pada malam ini. Ketumpulan penyudah menggagalkan hasrat pasukan bimbingan B Sathianathan itu untuk membawa pulang tiga mata penuh ke Kota Bharu.
Tags: Ipoh, Kelantan, Liga Malaysia, Liga Super, Perak
padang muko mung wei sek kelatang.. main macam taik jer sek mung
sek kelatang koyar jer banyak.. atas padang maing hampeh…
natang mung mat deghih oyak g2..sek mung ganas sangat ko