Sunday, 14/04/2013


Ketiadaan Norshahrul tidak jejas persiapan Kelantan

Published on October 15, 2010 by   ·   No Comments

“BOLA sepak adalah sukan dan bukannya perang.” Demikian nasihat jurulatih Kelantan, B Sathianathan kepada penyokong Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Menurut Sathianathan, fokus pemain hanya untuk mencipta kemenangan dan jika terdapat gangguan luar, pasti tumpuan para pemainnya di padang akan terjejas.

“Kita mengalu-alukan kehadiran penonton seramai yang mungkin tetapi datanglah dengan semangat kesukanan yang tinggi.

“Insiden-insiden yang tidak sepatutnya hanya akan merugikan pasukan selain jangan mudah menghukum pemain yang melakukan kesilapan.

“Penyokong Kelantan adalah yang terbaik kerana mereka sentiasa mengiringi perjuangan pasukan dan saya mahu itu dikekalkan,” katanya semalam.

Sathianathan berkata, berdepan Selangor adalah suatu tugas yang bukan mudah tetapi beliau percaya sekiranya para penyokong menjadi ‘pemain ke-12’ Kelantan, tidak mustahil The Red Warriors akan mampu menumbangkan Selangor di laman sendiri.

Jelasnya, Kelantan mempunyai peluang yang cerah untuk melangkah ke separuh akhir selepas mengikat Selangor dengan keputusan seri tanpa jaringan di Shah Alam, Selasa lalu.

“Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sentiasa menjanjikan tuah kepada Kelantan. Para pemain juga telah bersedia untuk itu dan kita mahu lihat satu keputusan yang positif.

“Sesiapa jua yang akan saya turunkan nanti pastinya pemain yang sudah pun bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi perlawanan yang dikategorikan sebagai berprofil tinggi,” ujarnya.

Mengenai pengganti Norshahrul Idlan Talaha yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah Selasa lalu, Sathianathan berkata: “Ketiadaannya tidak merencatkan persiapan kita.

“Saya ada ramai pemain yang mempunyai kemampuan yang sama.”

KOSMO




Related posts

coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News