Sunday, 29/11/2020


Pemain Kelantan diingat hargai pengorbanan peminat

Published on October 14, 2010 by   ·   No Comments

“Pemain harus menghargai sokongan seperti itu dan menghadiahkan kemenangan kepada peminat Kelantan..” - B Sathinathan

SERI sudah memadai, tetapi itu belum menjamin tempat buat Kelantan. Masih ada baki 90 minit perlawanan sebelum penentuan pasukan mana layak ke separuh akhir TM Piala Malaysia musim ini akan ditentukan.

Pada perlawanan suku akhir pertama TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam semalam, Kelantan berjaya mengikat tuan rumah, Selangor dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Begitu pun, Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan tetap berpuas hati setelah melihat aksi luar biasa barisan pemainnya yang bermain 10 pemain pada separuh masa kedua memaksa tuan rumah, Selangor berkongsi seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam, malam semalam.

“Saya berpuas hati dengan aksi pemain saya. Kita jelas menguasai babak separuh masa kedua. Walau pun dalam separuh masa pertama, barisan pemain kita bermain agak kelam-kabut, di samping melakukan kesilapan dengan hantaran yang tidak tepat, tetapi pemain kita jelas bangkit menguasai babak kedua,” katanya, semalam.

“Jelas Selangor hanya mampu mengambil kesempatan melakukan serangan balas melalui kesilapan hantaran yang tidak tepat itu. Selebihnya tidak ada yang menggusarkan bagi pertahanan kita. Keputusan seri ini bermakna memberi kelebihan kepada kita yang akan bermain dalam perlawanan ulangan Jumaat ini (malam esok).

“Apa yang disaksikan semalam, kita sudah menunjukkan satu persembahan yang terbaik. Tetapi saya percaya, kita mampu bermain lebih baik lagi daripada apa yang ditunjukkan malam semalam. Pemain kita jelas bernafsu besar untuk mencatatkan kemenangan. Ini yang menarik tentang pasukan Kelantan,” katanya.

Sathianathan berkata, beliau turut terkilan dengan insiden pergaduhan membabitkan kedua-dua penyokong ketika perlawanan itu.

Dalam pada itu, Sathianathan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga salah seorang penyokong Kelantan yang meninggal dunia selepas menyaksikan perlawanan di Shah Alam itu.

“Saya berharap kita mampu mencatatkan kemenangan pada perlawanan malam esok. Kemenangan itu kita hadiahkan kepada arwah yang setia menyokong pasukan Kelantan.

“Saya ingatkan kepada pemain saya bahawa penyokong Kelantan sanggup melakukan apa sahaja berhabis duit demi sokongan terhadap pasukan Kelantan. Mereka (pemain) harus menghargai sokongan seperti itu dan menghadiahkan kemenangan kepada peminat Kelantan,” katanya.

Sinar Harian




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News