MALAYSIA mengorak langkah kanan dalam perlawanan pertama Kumpulan A bola sepak Sukan Asia XVI dengan menewaskan Kyrgyzstan 2-1 di Stadium Huadu, Guangzhou, China, petang tadi.
S Chanturu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 selepas jaringan awal Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-27 disamakan pemain lawan, Sydykov, 10 minit kemudian. [LIHAT VIDEO]
Malaysia akan menentang Jepun dalam perlawanan kedua di gelanggang sama pada pukul 4 petang Rabu ini yang akan disiar secara langsung menerusi Astro Arena.
Perlawanan lain menyaksikan Vietnam menewaskan Bahrain 3-1 manakala Korea Selatan tewas kepada jiran mereka, Korea Utara 0-1.
Tags: Kyrgyzstan, Malaysia, Sukan Asia 2010
mantap gak ye diorang ni.harap dapat kalahkan pasukan lain untuk improve bola sepak malaysia