MALAYSIA gagal menandingi kehebatan Oman apabila tunduk 0-3 kepada pasukan bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, Claude Le Roy di Doha awal pagi tadi.
Oman yang menduduki ranking ke-81 dunia sudah pun berada di depan tidak sampai tiga minit perlawanan dimulakan hasil jaringan Hassan Rabia.
Emad Al Hosni menjaringkan dua gol berturut-turut pada minit ke-38 dan 45 untuk memastikan kemenangan 3-0 buat Oman.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada temasya Sukan Asia di Doha 2006. Malaysia yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar tewas 1-3 pada perlawanan berkenaan.
Tags: Malaysia, Malaysia vs Oman, Persahabatan, Skuad Malaysia