17 Dis 2009
PENANTIAN 20 tahun pingat emas bola sepak Sukan Sea Malaysia berakhir apabila pasukan negara berjaya menewaskan Vietnam 1-0 di Laos.
Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.
Gol kemenangan hasil jaringan sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84.
Tolakan Norshahrul Idlan Talaha yang melantun ke arah pemain Vietnam itu memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki.
Tags: Final, Juara, Malaysia, Skuad B-23, Skuad Malaysia, Sukan SEA 2009