Tuesday, 21/09/2021


Wan Jamak fokus barisan depan hadapi Johor FC

Published on January 12, 2010 by   ·   1 Comment

JENTERA penggempur Negeri Sembilan kini menjadi tumpuan supaya mampu membedil gawang lawan apabila berdepan Johor FC di gelanggang lawan malam esok.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, mengakui ketumpulan bahagian depan yang menggandingkan penyerang utama, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan muka baru, Norizam Salaman, masih belum mendapat rentak sehingga gagal beraksi baik ketika berdepan Selangor, Sabtu lalu.

“Zaquan yang baru kembali daripada tugasan bersama skuad kebangsaan hanya dapat menjalani latihan bersama Norizam dalam masa yang singkat dan mereka tentu memerlukan lebih masa untuk memupuk persefahaman.

“Saya harap Norizam dapat cepat menyesuaikan diri bersama Zaquan untuk membolehkan barisan depan pasukan lebih mantap bagi membantu mencapai kemenangan dalam pertemuan dengan Johor FC.

“Saya yakin kedua-dua pemain ini mampu membentuk gandingan meyakinkan dalam dalam tempoh singkat,” katanya.

Pada perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah, Sabtu lalu, gandingan Zaquan bersama Norizam yang juga bekas pemain Johor, dilihat tidak begitu menyerlah apabila Norizam gagal melepasi benteng Selangor untuk membuat percubaan.

Susulan itu, pemain berusia 26 tahun berkenaan dikeluarkan pada babak kedua dengan digantikan pemain muda, Mohd Firdaus Azizul, yang kurang pengalaman untuk berdepan barisan Selangor yang lebih berwibawa.

Wan Jamak mahu anak buahnya sentiasa memberikan komitmen tinggi sepanjang perlawanan dan berusaha mengekalkan prestasi terbaik masing-masing bagi memastikan Negeri Sembilan dapat terus kekal sebagai pencabar terkuat sepanjang musim ini.

“Apa yang penting pemain perlu sentiasa mengekalkan prestasi dalam setiap perlawanan dan mengurangkan kesilapan bagi menjamin pasukan terus maju dan berada pada kedudukan terbaik dalam carta,” katanya.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (1)

  1. aretul says:

    n9 power….saya sentiasa sokong awak!!!hihihi..




Latest News