Sunday, 20/07/2014


Penggantungan 3 tonggak tidak jejas rentak Selangor

Published on May 23, 2010 by   ·   No Comments

SELEPAS menewaskan Kuala Lumpur 4-2 Selasa lalu, Selangor terus unggul di persada Liga Super apabila menewaskan KL Plus 2-1 di Stadium Shah Alam malam tadi. (VIDEO 1 | VIDEO 2)

BERAKSI tanpa tiga tonggak utama dan jurulatih yang menjalani penggantungan perlawanan, cabaran Selangor tidak terjejas untuk merakamkan kemenangan ke atas KL Plus untuk terus menguatkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super.

Dengan pengendali, K Devan dan tiga pemain - Hardi Jaafar, Razman Roslan dan Safee Sali - digantung antara empat hingga enam perlawanan berikutan kekecohan pada separuh akhir Piala FA, Selangor dilihat sukar mencipta gerakan bahaya pada babak pertama.

Babak kedua menyaksikan Gergasi Merah memecahkan kebuntuan dengan Amirulhadi Zainal merembat dari sayap kiri selepas menerima umpanan Safiq Rahim yang mengacah untuk melakukan percubaan pada minit ke-54.

Kit Kong melebarkan kedudukan buat Selangor apabila menolak masuk, 10 minit sebelum tamat namun Nazrin Nawi menggusarkan seketika tuan rumah apabila meledakkan rembatan kencang dari jarak 20 meter.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News