SELANGOR mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super apabila menewaskan Johor FC 3-1 pada perlawanan di Stadium JCorp, Pasir Gudang, sebentar tadi.
Pemain kebangsaan, Mohd Amirulhadi Zainal mnjadi wira pasukan Selangor apabila menyumbang dua gol pada minit ke-41 dan 73 diikuti Mohd Hardi Jaafar pada minit ke-86 sebelum Johor FC menjaringkan gol saguhati menerusi Mohd Nurul Azlan Roya pada minit ke-90.
Keputusan itu membolehkan skuad bimbingan jurulatih K Devan itu kini mengumpul 32 mata diikuti Kelantan yang merampas kedudukan kedua liga daripada Terengganu dengan meraih 28 mata.
Kelantan yang beraksi di Stadium Sultan Muhammed ke-IV di Kota Baharu, memang tipis 2-1 ke atas Pahang apabila Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan pada minit ke-43.
Bagaimanapun, Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi jaringan Nik Zul Aziz Nawawi.
Usaha Kelantan untuk mencari gol kemenangan akhirnya berhasil pada minit ke-73 melalui Hairuddin Omar sekaligus memastikan tiga mata penuh buat ‘The Red Warriors’.
Tags: Johor FC, Johor FC-Selangor, Liga Super, Selangor