Manchester City hampiri gelaran EPL
MANCHESTER City semakin menghampiri saat untuk menjulang trofi berprestij Liga Perdana Inggeris buat julung kali dalam tempoh 44 tahun selepas Yaya Toure menyumbatkan dua gol ketika mencatat kemenangan ke atas Newcastle United, malam tadi.
Kejuaraan terakhir City pada tahun 1968 tiba selepas mereka menang 4-3 di St James’ Park, dan kemenangan semalam mungkin akan menjadi sepenting kemenangan 44 tahun yang lalu itu.
Walaubagaimanapun, kemenangan itu tidak datang dengan mudah dengan pasukan Newcastle bermain dengan penuh semangat kerana mahu kekalkan harapan mereka untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.
City mendahului perlawanan pada minit ke-70 apabila usaha hebat Toure melepasi Tim Krul dan kemudian menjaringkan gol kedua peribadi beberapa minit sebelum tamat perlawanan.
Kemenangan itu meletakkan City di depan mengatasi juara bertahan, Manchester United yang menewaskan Swansea City 2-0 berdasarkan perbezaan gol pada ketika saingan hanya berbaki satu perlawanan.
City mempunyai kelebihan perbezaan lapan gol berbanding United dan jika mereka menundukkan Queens Park Rangers di Eastlands dalam seminggu lagi, mereka terjamin untuk mengesahkan kejuaraan.
Sementara itu, skuad bimbingan Sir Alex Ferguson pula perlu membelasah Sunderland dengan jaringan besar di Stadium of Light bagi menghidupkan peluang mereka mempertahankan gelaran.
Luahan Perasaan