Video: Arsenal 1-0 Manchester United
Liga Perdana Inggeris 2010/2011
Arsenal vs Manchester United
Stadium Emirates, London
1 Mei 2011
Matchday #35
Video: Arsenal 1-0 Manchester United | Gol Aaron Ramsey m-56
Video: Arsenal 1-0 Manchester United
SEKALIPUN dilihat selesa menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan enam mata di depan pencabar terdekat Chelsea, Sir Alex Ferguson percaya masih banyak ranjau menanti Manchester United, termasuk kunjungan ke Arsenal, malam ini.
United melangkah ke Stadium Emirates malam ini dan sedar kemenangan dan tiga mata penuh akan membolehkan mereka mengorak langkah bermakna untuk menjulang gelaran liga domestik itu buat rekod kali ke-19.
Sepatutnya perlawanan malam ini memberi makna yang lebih besar tetapi Arsenal melepaskan cengkaman kerana kesilapan sendiri apabila tewas mengejut kepada Bolton minggu lalu.
Ferguson juga sedar pertemuan United-Chelsea pada 8 Mei ini juga ranjau yang perlu ditempuhi anak buahnya untuk mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga.
“Chelsea ibarat kuda hitam kerana orang mengatakan mereka sudah terkeluar dari saingan sebelum ini,” kata Ferguson.
“Tetapi saya melihat jadual perlawanan dan kini mereka semakin menghambat kami. Dua bulan lalu, semua hanya menanti pertemuan kami dengan dua pasukan ini, Arsenal dan Chelsea sebagai perlawanan yang bakal menentukan gelaran liga.
“Tetapi kami menanti perlawanan ini ketika berada pada prestasi baik dan berharap dapat meneruskannya. Saya rasa drama masih tetap akan berlaku. Pasukan di atas akan tercicir mata, termasuk Chelsea.
“Blackpool, yang kami akan temui pada hari terakhir, juga pasti akan berjuang untuk mengelakkan diri daripada tersingkir dan sudah pasti mereka juga akan menjadi lawan sukar.”
Pingback: Perebutan gelaran EPL kembali terbuka | Sokernet | Sokernet