Tony Fernandes pemilik baru Queens Park Rangers

JUTAWAN penerbangan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes melengkapkan pengambilalihan kelab bola sepak Liga Perdana England, Queens Park Rangers (QPR) yang berpengkalan di London.

Fernandes, pemilik penerbangan bajet AirAsia, memuktamadkan pembelian itu selepas beroleh 66 peratus kepentingan dalam pasukan London barat yang baru dinaikkan bahagian itu daripada pemilik saham terdahulu, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.

Dalam satu kenyataan, Fernandes, 47, yang juga pemimpin pasukan Formula Satu Team Lotus, akan bekerja di samping keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus kepentingan dalam kelab itu.

Fernandes yang menganggapnya seorang peminat West Ham pada Twitternya berkata, dia sejak sekian lama memegang satu ‘tempat lembut’ bagi QPR yang digelarnya sebagai sebuah ‘berlian mentah’.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>