Manchester United kukuh cengkaman

MANCHESTER United mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana England selepas mencipta kemenangan 1-0 ke atas Bolton Wanderers semalam.

Pada awalnya, aksi yang berlangsung di Old Trafford itu dijangka berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bagaimanapun, Dimitar Berbatov muncul wira apabila meledak gol kemenangan United pada minit ke-88.

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Red Devils mengumpul 63 mata selepas mengharungi 30 perlawanan.

Pencabar terdekat United, Arsenal pula bernasib baik apabila mampu mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan West Bromwich di Stadium The Hawthorns.

West Bromwich membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi tandukan Steven Reid hasil hantaran lintang Chris Brunt.

Tuan rumah terus selesa apabila memperoleh gol kedua hasil rembatan kaki kiri Peter Odemwingie dari luar kotak penalti pada minit ke-58.

Arsenal kembali bangkit apabila Andrey Arshavin meledak gol pertama pada minit ke-70 sebelum Robin van Persie menyelamatkan maruah The Gunners dengan gol penyamaan lapan minit kemudian.

Arsenal kekal berada di tangga kedua apabila ketinggalan lima mata di belakang United.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>