Liverpool calar penampilan sulung Torres di Chelsea

LIVERPOOL mencalarkan penampilan sulung Fernando Torres di Chelsea yang kuat dicanangkan semalam apabila mereka menang 1-0 di Stamford Bridge sekali gus membantutkan harapan juara bertahan itu menyambar kelebihan daripada kekalahan sulung Manchester United musim ini.

Torres yang berpindah dari Anfield ke Chelsea minggu lalu bagi bayaran yang dilaporkan 50 juta pound (RM245 juta), memiliki dua peluang awal tetapi gagal disudahkan sebelum digantikan selepas 66 minit yang amat menggembirakan peminat Liverpool yang bertandang.

Liverpool bertahan dengan hebat sepanjang perlawanan dan memastikan kemenangan keempat berturut-turut mereka semuanya tanpa dibolosi tiga minit kemudian apabila Raul Meireles mengambil kesempatan daripada keadaan kelam-kabut antara Petr Cech dan Branislav Ivanovic untuk menjaringkan gol tunggal itu.

Manchester United yang ditewaskan oleh kelab terbawah Wolverhampton Wanderers, kelmarin, mendahului kedudukan dengan 54 mata diikuti Arsenal yang melepaskan pendahuluan 4-0 untuk seri 4-4 dalam satu perlawanan hebat di Newcastle United, dengan 50 mata.

Manchester City di tangga ketiga dengan 49 mata manakala Chelsea dan Tottenham terikat 44 mata. Liverpool melonjak ke tangga keenam dengan 38 mata.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>