Hughes yakin Schwarzer kekal bersama Fulham
Schwarzer sekadar di bangku simpanan aksi Fulham menentang Bolton
JURULATIH Fulham, Mark Hughes menegaskan dia mampu menghalang perpindahan Mark Schwarzer ke Arsenal.
Skuad The Gunners kini dalam usaha mendapatkan penjaga gol Fulham itu yang berhajat untuk berpindah ke kelab utara London tersebut.
Hughes sebelum ini menjelaskan isu penjaga gol adalah keutamaannya apabila dilantik sebagai pengurus di Craven Cottage.
Ketika ditanya sama ada Schwarzer akan terus kekal di Fulham, Hughes berkata: “Memang itulah niat kami. Tiada siapa yang akan berpindah.
“Saya dan Mark telah duduk berbincang dan saya faham sepenuhnya mengapa dia mahu diberi peluang menyertai Arsenal.
“Tetapi saya rasa dia juga faham mengapa kami perlu mempertahankan posisi tersebut dalam pasukan ini dan itulah apa yang kami sedang buat.
“Kami tidak akan membuatkan reputasi dan kedudukan Fulham dalam risiko dengan memberi janji yang tidak mampu penuhi.
“Jadi buat masa ini, tiada sebarang perubahan akan berlaku.”
Schwarzer duduk dibangku simpanan ketika The Cottagers seri tanpa jaringan dengan Bolton pada aksi pembuka musim Liga Perdana England kelmarin.
Begitupun, pegawai kelab berkenaan memberitahu penjaga gol Australia itu tidak melepasi ujian kecergasannya.
Luahan Perasaan