Liga Juara: Real Madrid benam Ajax 4-0

Ajax Amsterdam 0-4 Real Madrid

PENYERANG berbisa Portugal, Cristiano Ronaldo meledak dua gol bagi membantu kecemerlangan Real Madrid untuk menumpaskan Ajax Amsterdam 4-0 dalam saingan peringkat Kumpulan G, Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Kedua-dua gol itu diperoleh Ronaldo pada separuh masa kedua selepas Karim Benzema meledak gol awal Real pada minit ke-36 diikuti Alvaro Arbeloa pada minit ke-44.

Ajax yang dipimpin juurlatih Martin Jol gagal menyerlah biarpun beraksi di tempat sendiri dengan hanya beberapa percubaan daripada bintang Piala Dunia 2010, Luis Suarez.

Dengan kekalahan itu, bermakna Ajax gagal mara ke pusingan seterusnya dan pada perlawanan terakhir di San Siro menentang AC Milan pada 8 Disember depan sekadar pelengkap jadual perlawanan.

Berbeza dengan Milan kerana pasukan Itali berjaya mengesahkan tempat mereka selepas kejayaan menewaskan wakil dari Perancis, AJ Auxerre 2-0 pada awal pagi tadi.

Gol kemenangan Milan dijaringkan bekas penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-65 dan jaringan Ronaldinho minit ke-90.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>