Jepun tuan rumah Piala Kelab Dunia 2011
PRESIDEN FIFA, Sepp Blatter mengesahkan Jepun akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak Piala Kelab Dunia 2011 meskipun negara itu pernah dilanda gempa bumi dan tsunami serta krisis kebocoran nuklear.
Blatter sebelum ini pernah menyatakan sokongan terhadap hasrat Jepun itu ketika melakukan lawatan ke Tokyo, 23 Mei lalu.
Bercakap pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FIFA, semalam, beliau mengesahkan kejohanan itu perlu diteruskan seperti dijadual.
“Kami boleh mengumumkan bahawa Jepan akan menjadi penganjur Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA 2011,” katanya.
“Kami gembira selepas ia dianjurkan dua tahun di Emeriyah Arab Bersatu (UAE), kini ia kembali ke Jepun,” katanya.
Senarai kelab yang layak beraksi di Kejohanan Piala Kelab Dunia 2011:
- FC Barcelona (Sepanyol) – 2010/11 UEFA Champions League Winner
- Santos (Brazil) – 2011 Copa Libertadores Winner
- Monterrey (Mexico) – 2010/11 CONCACAF Champions League
- Al-Sadd (Kuwait) – 2011 AFC Champions League
- Esperance (Tunisia)- 2011 CAF Champions League
- Auckland City (New Zealand) – 2010/11 OFC Champions League
- Kashiwa Reysol (Japan) – Tuan Rumah
Luahan Perasaan