REKOD tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan berturut-turut akhirnya lebur selepas tewas 0-1 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam ini.
Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez muncul wira City selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi gerakan solo menarik bermula dari tengah padang sebelum melepaskan rembatan ke arah penjuru kanan pintu gol Chelsea.
Kemenangan ke atas Chelsea memberi harapan buat City untuk menjadi antara pencabar utama perebutan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Kejayaan City juga memberi peluang kepada Arsenal dan Manchester United untuk merampas kedudukan Chelsea di tangga teratas liga.
Skuad bimbingan Carlo Ancelotti masih unggul di kedudukan teratas dengan kelebihan empat mata dan jurang mungkin akan mengecil kepada hanya satu mata jika Arsenal dan United menang perlawanan masing-masing malam ini dan esok.
chelsea bukan terer sngat.klah dgn mc.malu…..