Keputusan Final Piala Liga England [Capital One Cup]
Manchester City vs Sunderland
Stadium Wembley, 2 Mac 2014

Full Time: Manchester City 3-1 Sunderland

[0-1] Fabio Borini 10′
[1-1] Yaya Toure 55′
[2-1] Samir Nasri 56′
[3-1] Jesus Navas 90′

Juara Piala Capital One 2014: Manchester City

Sepuluh bulan lalu, Manchester City terpaksa berputih mata apabila tewas mengejut kepada Wigan Athletic pada perlawanan akhir Piala FA dan kali ini kelab kaya-raya itu sudah pasti tidak mahu detik pahit tersebut berulang sekali lagi apabila mereka bakal menghitung pertemuan dengan Sunderland bagi merebut Piala Liga, malam ini.

Pada Mei tahun lalu, City tampil sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara menentang kelab yang berada di tangga ketiga tercorot Liga Perdana Inggeris pada ketika itu, tetapi pengalaman telah banyak mengajar untuk tidak meletakkan diri mereka berada dalam zon selesa.

Gol pada lewat permainan oleh Ben Watson memberi kemenangan kepada Wigan, yang sekali gus memberi kejutan terbesar dalam tempoh 25 tahun perlawanan akhir Piala FA dan ekoran kekalahan tersebut telah menyebabkan jurulatih City, Roberto Mancini dipecat dua hari berikutnya.

Menambah kekecewaan mereka, City kemudian terpaksa akur apabila menyaksikan Manchester United merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris dan kali ini pengganti Mancini, Manuel Pellegrini walaupun menikmati musim yang cemerlang pada penampilan sulungnya bersama kelab itu, namun sejak beberapa minggu kebelakangan ini skuad bimbingannya mempamerkan prestasi kurang menyakinkan.

Leave a Reply