ARSENAL menerima tamparan hebat dalam usaha merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea apabila tewas mengejut 2-3 kepada West Bromwich di Stadium Emirates sebentar tadi.

Sekali pun beraksi di gelanggang sendiri, Arsenal ketinggalan 3-0 ketika perlawanan berbaki 20 minit untuk tamat.

Arsenal bangkit dengan menjaringkan dua gol selepas itu menerusi Samir Nasri namun ia sudah terlambat untuk menyekat kekalahan sulung The Gunners di gelanggang sendiri musim ini.

Arsene Wenger yang kembali di tepi padang selepas menjalani pergantungan satu perlawanan hanya mampu menyaksikan pasukan bimbingannya longlai tanpa banyak mengancam ke kubu West Brom.

One Response to “Arsenal 2-3 West Bromwich”

Leave a Reply