PENYERANG Argentina, Carlos Tevez menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan selesa Manchester City ke atas Liverpool 3-0 di Eastlands, awal pagi tadi.
James Milner yang berganding bersama bekas rakan sepasukannya di Aston Villa, Gareth Barry membantu memberi gol pembukaan untuk City seawal minit ke-13.
Ia disusuli dengan penyerang Argentina itu cemerlang menyambut tandukan Micah Richards untuk menyepak masuk gol kedua City pada separuh masa kedua.
Liverpool yang beraksi tanpa Javier Mascherano yang dikaitkan dengan perpindahannya ke Barcelona — menyaksikan sepakan kencang kaptennya, Steven Gerrard terkena palang.
Penjaga gol City, Joe Hart pula menyelamatkan sekurang-kurangnya dua percubaan bahaya daripada David Ngog dan Fernando Torres.
Tevez kemudian menyempurnakan sepakan penalti selepas Adam Johnson dikasari Martin Skrtel untuk gol ketiga tuan rumah.
Leave a Reply: