Mancini membara, teruja sambutan peminat City

December 28th 2009 | Posted by Berita EPL

ROBERTO Mancini semakin yakin Manchester City mampu menamatkan saingan di kalangan empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, musim ini selepas menyaksikan anak buahnya menundukkan Stoke City 2-0 dalam perlawanan sulungnya sebagai jurulatih kelab itu.

Kehadiran pengurus berbangsa Itali itu disambut meriah peminat City, termasuk beberapa pemain yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas pengurus, Mark Hughes.

Tapi bekas pengendali Inter Milan itu tegas mengatakan beliau masih belum menyelesaikan sepenuhnya situasi membabitkan Robinho yang dikritik keras dan didakwa menjadi dalang kepada penyingkiran Hughes.

Robinho mengisi kesebelasan utama Mancini manakala sekutu Hughes, Craig Bellamy mengisi bangku simpanan dan pemain Brazil itu jadi perancang gol pertama yang disempurnakan Martin Petrov.

Carlos Tevez memastikan kemenangan menerusi gol masa kecederaan babak pertama walaupun Robinho tidak cukup cergas, dikeluarkan ketika permainan berbaki 20 minit.

Pemain Brazil itu digantikan Bellamy yang disambut bagai wira dan dia mempamer aksi cemerlang hingga hampir menjaringkan gol ketiga City.

Mancini memberi petanda Bellamy mungkin menggantikan Robinho pada perlawanan menentang Wolverhampton, awal pagi esok dan kedudukan Robinho yang dikaitkan dengan perpindahan, masih lagi menjadi isu yang perlu ditangani pengurus baru itu.

Pada masa sama, Mancini tetap gembira dengan perlawanan pertamanya bersama City.

“Saya sangat gembira dengan apa yang dilakukan peminat sebelum perlawanan,” katanya. “Mereka bertepuk tangan dan saya terharu dengan keadaan itu. Saya hanya boleh membalas sambutan peminat dengan kerja keras dan ketika ini, saya berasakan kami boleh bermain baik dan saya senang di sini.

“Mark adalah pemain yang cukup popular. Di England dan juga di Wales. Dia memang hebat. Saya tidak popular di sini, tapi saya mengukir nama di Itali. Saya sukakan Itali, tapi suasana di sini cukup meriah dan saya gembira berada di sini. Saya sukakan sambutan penyokong England dan pasukan ini.”

Ditanya sama ada sasarannya untuk menamatkan musim di kalangan empat pasukan teratas adalah sesuatu yang realistik, beliau berkata: “Ia bukanlah mustahil tapi kami perlu bekerja keras. Kami perlu berusaha setiap hari.”

Pengurus baru itu berkata Bellamy adalah antara pemain City yang mengalu-alukan kehadirannya.

“Bellamy adalah rakan saya!” katanya. “Saya bercakap dengannya sebelum perlawanan, dua hari lalu dan apabila kami menang, semua pemain gembira.

“Saya berbincang dengannya kerana kami mengharungi dua perlawanan dalam tempoh tiga hari dan saya perlukan semua pemain untuk berada pada tahap terbaik. Hari ini, saya menurunkan Robinho, ada kemungkinan saya menurunkan Craig (awal pagi esok).

“Robinho mempamer aksi kemas. Tapi selepas 65 minit, dia kelihatan penat dan saya perlu memasukkan pemain baru. Saya rasa dia boleh meningkatkan lagi tahap kecergasannya. Itu adalah tugas yang perlu dilakukan dan saya rasa kami perlu meningkatkan tahap kecergasan kami sepanjang minggu ini.”

Related Posts

Mwaruwari wira City tundukkan Middlesbrough

BENJANI Mwaruwari masih mempunyai masa depan dalam pasukan Manchester City. Demikian jaminan pengurus baru City, Roberto Mancini, selepas pemain itu menyumbat gol kemenangan pasukannya ke atas Middlesbrough 1-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA, kelmarin. Dengan kemenangan itu, ia bererti pasukan City di bawah pimpinan Mancini mempunyai rekod [...]

City, Villa, Tottenham, Fulham teruskan kemaraan

MANCHESTER City meneruskan rentak cemerlang bersama pengurus baru, Roberto Mancini selepas menang perlawanan pusingan ketiga Piala FA menumpaskan Middlesbrough 1-0 di Stadium Riverside, semalam. Jaringan tunggal Benjani Mwaruwari pada minit ke-45, berjaya memberi kemenangan buat pasukan Liga Perdana England (EPL) itu, walaupun mereka menerima [...]

Wolverhampton 0 Manchester City 3

MANCHESTER City tidak menghadapi masalah menewaskan Wolverhampton Wanderes di kandang lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Dua gol menerusi Carlos Tevez pada minit ke-33 dan 86 dan satu lagi sumbangan pemain gantian, Garrido pada minit ke-69 membolehkan skuad bimbingan Roberto Mancini itu semakin hampir untuk berada dalam [...]

Manchester City 2 Stoke City 0

MANCHESTER City meraikan kehadiran pengurus baru, Roberto Mancini dengan kemenangan 2-0 ke atas Stoke City. Jaringan Martin Petrov (m-28) dan Carlos Tevez (m-45) memastikan City mengutip tiga mata penuh di gelanggang sendiri dan menjelma kembali harapan untuk bersaing merebut empat kedudukan teratas sehingga tamat musim ini. MANCHESTER CITY: [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>