Charles N'Zogbia merembat kencang untuk gol kemenangan Wigan ke atas Arsenal pada penghujung perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris 18 April 2010.

ARSENAL gagal merebut peluang untuk mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea apabila tewas 2-3 kepada Wigan malam ini.

Kemenangan Wigan ternyata bukan suatu yang mudah apabila mereka melakukan kebangkitan penuh drama dengan menjaringkan tiga gol pada 11 minit terakhir perlawanan ketika ketinggalan 0-2 di belakang Arsenal.

Sebelum itu Arsenal mendahului tuan rumah 2-0 menerusi jaringan Theo Walcott (m-41) dan Mikael Silvestre (m-48).

Namun Wigan berjaya bangkit untuk menjaringkan tiga gol berturut-turut menerusi Ben Watson pada minit ke-80, Titus Bramble (m-89) dan Charles N’Zogbia melengkapkan kebangkitan tuan rumah pada minit akhir perlawanan.

Leave a Reply