JARINGAN tunggal Mohd Munir Amran pada babak kedua sudah cukup buat Felda United untuk menjuarai saingan Liga Perdana 2010 selepas menewaskan Harimau Muda 1-0 dalam aksi di Stadium Hang Tuah, Melaka sebentar tadi.
Walaupun saingan Liga Perdana masih berbaki satu perlawanan, namun kedudukan Felda United di tangga teratas liga tidak mampu lagi digugat oleh mana-mana pasukan selepas mengumpul 49 mata, empat mata mengatasi PKNS FC dan Sabah yang berpesta jaringan ke atas lawan masing-masing malam ini. [LIHAT CARTA]
Mohd Munir Amran mudah menolak masuk untuk gol kemenangan Felda United pada minit ke-66 menerusi sepakan penalti yang membawa pasukan kelab itu merangkul gelaran juara Liga Perdana 2010.
Tags: Felda United, Harimau Muda, Liga Malaysia, Liga Perdana