Match Report
Keputusan EPL 2013/2014
Manchester United vs Chelsea
27 Ogos 2013 (Selasa)
Full Time: Manchester United 0 - 0 Chelsea
Chelsea menikmati permulaan yang baik selepas mengalahkan Hull City dan Aston Villa bagi membolehkan mereka menduduki tangga teratas liga.
Manchester United tidak kurang hebat apabila mencatat kemenangan besar ke atas Swansea City di padang lawan dalam perlawanan kompetitif pertama pengurus David Moyes.
“Dalam musim pertama Mourinho di Chelsea sebelum ini, mereka menikmati permulaan yang baik dalam beberapa perlawanan pertamanya dan kami gagal mengejar mereka,” kata pemain midfield veteran United, Ryan Giggs.
“Semua orang tahu bahawa kami menghadapi jadual perlawanan permulaan yang sukar tetapi kami memulakannya dengan baik dengan mencatat kemenangan di Swansea pada dinihari Ahad lalu dan kami berharap dapat mengekalkannya.”
Selepas berdepan Chelsea, United dijadual menentang Liverpool dan Manchester City. Chelsea pula berpeluang membuka jurang enam mata jika mereka dapat mengalahkan United di Old Trafford kerana bermain lebih satu perlawanan.
Perebutan mahkota Liga Perdana musim ini dijangka melibatkan tiga pasukan iaitu United, selaku juara bertahan; Chelsea dan City.
Home
Subs |
---|
Away
Subs |
---|