Arsenal vs Manchester City

vs
January 13, 2013
Score: 0 - 2

Match Report

Arsenal vs Manchester City - 13 Januari 2013
Arsenal vs Manchester City 13.1.2013

Arsenal vs Manchester City | 13 Januari 2013

***************

Mancini mahu akhiri badi

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini bertekad untuk menamatkan rekod buruk pada pertemuan menentang Arsenal dalam misi mempertahankan trofi Liga Perdana England musim ini.

City bakal berkunjung ke Stadium Emirates malam ini dan kekalahan akan menyebabkan mereka ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Manchester United.

United pula akan melebarkan jurang mata itu sekiranya mereka berjaya menewaskan Liverpool di Old Trafford beberapa jam sebelum pertemuan antara City dan Arsenal.

Sekiranya kalah kepada skuad The Gunners, peluang City untuk mempertahankan gelaran liga semakin tipis.

Bagaimanapun, Mancini yakin barisan pemainnya akan mempamerkan aksi memberangsangkan.

Untuk rekod, City tidak pernah menang di Stadium Emirates sejak 37 tahun lalu termasuk tewas 0-1 ketika berkunjung ke sana pada April lalu.

Namun, Mancini kekal optimis dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk menampilkan persembahan cemerlang pada musim ini, sekali gus menamatkan ‘badi’ kekalahan di gelanggang lawan itu.

“Menentang kelab London seperti Arsenal adalah satu perlawa- nan yang sangat sukar kerana mereka beraksi dengan baik,” kata Mancini.

“Sudah lama kami tidak menewaskan Arsenal di gelanggang mereka. Namun, masa telah berubah sejak akhir-akhir ini dan ini adalah masa yang terbaik buat kami untuk mengubah situasi itu.”

Bagaimananpun, persembahan tidak konsisten skuad The Citizens menghadirkan spekulasi mengenai masa depan Mancini yang dikata- kan bakal dipecat sekiranya tewas pada aksi tersebut.

City dilihat kurang bertenaga, selain jentera serangannya tampak tumpul selepas tewas kepada United, Arsenal dan Chelsea pada kempen musim ini.

Begitupun, Mancini kekal yakin bahawa skuad kendaliannya mampu mengatasi kelebihan United dengan mempamerkan kualiti serta semangat juang yang tinggi.

“Bagi saya, perbezaan tujuh mata agak besar kerana saya tidak fikir bahawa City akan ketinggalan sebanyak itu.

“Perjalanan liga masih jauh dan semakin mencabar. Kami masih ada baki 17 perlawanan dan saya yakin kami mampu memintas United,” katanya.

Home

1. Wojciech Szczesny
2. Abou Diaby
3. Bacary Sagna
5. Thomas Vermaelen
6. Laurent KoscielnyRed Card
9. Lukas Podolski
10. Jack Wilshere
14. Theo Walcott
15. Alex Oxlade-Chamberlain
19. Santi Cazorla
28. Kieran Gibbs
Subs

Away

1. Joe Hart
4. Vincent KompanyRed Card
5. Pablo Zabaleta
7. James MilnerGoal
10. Edin DzekoGoal
14. Javi Garcia
18. Gareth Barry
21. David Silva
22. Gael Clichy
32. Carlos Tevez
33. Matija Nastasic
Subs