Kelantan The Red Warriors 2012
Kelantan The Red Warriors

Tempoh rehat panjang Lions XII buka peluang kepada Kelantan

KELANTAN merancang untuk merangkul kejuaraan Liga Super sebelum pasukan LIONSXII menyambung semula saingan liga mereka.

Pendahulu liga setakat ini, Lions XII kini berehat selama tiga minggu dari Liga Malaysia untuk memberi tumpuan kepada Kelayakan Piala AFC B-22 di Indonesia bulan hadapan.

Semasa ketiadaan mereka, Kelantan harus mengambil peluang sepenuhnya untuk mengatasi mereka dalam saingan Liga dan tidak mustahil Kelantan mampu merangkul kejuaraan sebelum Lions XII kembali.

Lions XII kini mempunyai 50 mata, enam mata lebih dari Kelantan tetapi telah beraksi lebih lima perlawanan dari Kelantan.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berharap Red Warriors tidak akan mencicirkan sebarang mata semasa ketiadaan Lions XII.

“Pemain harus konsisten dalam perlawanan dan jika semua berjalan lancar, kami mampu merangkul kejuaraan sebelum Lions XII menyambung liga semula,” kata Azman kepada The Star.

Namun, terdapat beberapa kecederaan di bahagian pertahanan. Antaranya adalah Farisham Ismail, Obinna Nwaneri, Zairul Fitree dan Aziz Ismail.

“Kami harus berhati-hati dalam baki perlawanan kerana pasukan lain selalunya akan beraksi dengan lebih baik jika bertemu kami.

“Kami mengalami kesukaran bertemu Kuala Lumpur sebelum ini dan hanya menang 1-0 melalui jaringan penalti. Pasukan kebanyakannya akan mempertahankan dan itu sukar buat kami,” katanya lagi.

- Espnstar.MY




coded by nessus

Main topics: Liga Malaysia, Liga Super

Sub topics: , , , ,


Readers Comments (6)

  1. NO MORE XCUSE

    pasukan lawan main bertahan jgn jdkan alasan. cubalah cari formula lain. bhgn serangan perlu dimantapkan. pasni lwn ns, selangr, perak, ganu yg mgkin xmain bertahan pun. so pertahann kena mantap jg. ketiadaan bbrp tonggak defend jgn jdkn alasan sbb bkn ke kita jg yg ckp, semua pemain adslh yg terbaik. GKG

     Reply
    • man laksa

      apapun masih menang.Menang tipis ke, penalti ke.. namum berjaga kutip 3 mata .

       Reply
  2. fuck judin

    red warriors memey angkat cup super taun nih….hahaha…gomo kelate gomo

     Reply
  3. pitak

    aku doakan red warrior juarai piala super 2012 wpun aku bukan ank kelantan.. aku sokong pasukan yang menunjukkan
    permainan hebat dan cemerlang

     Reply
  4. MAYHEM

    SOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA TIDAK KIRA KELANTAN ATAU MANA-MANA PASUKAN TETAPI JANGAN SAMPAI PIALA DARI MALAYSIA ‘BERHIJRAH’ KE TANAH KOMUNIS…INSYAALLAH KELANTAN PASTI MENERAJUI TAKHTA LIGA SUPER 2012 SERTA LAYAK KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI DI PIALA AFC 2012..-MAYHEM BACHOK-

     Reply
  5. kepok lingkar

    aku dah takut ngan pasukang kelatang ni…habih piale deme tu sapu…isk isk

     Reply