Terengganu Juara Piala FA 2011

GELARAN ‘pembunuh gergasi’ atau ‘giant killer’ menjadi rebutan kelab-kelab kerdil dalam Liga Malaysia (Liga-M) apabila turun berdepan pasukan hebat Liga Super pada saingan pusingan pertama Piala FA yang bermula sejak semalam.

Pusingan secara kalah mati itu menyaksikan 13 perlawanan berlangsung hari ini dengan tiga daripadanya membabitkan pertembungan sesama pasukan Liga Super – Negeri Sembilan bertemu Johor FC; Kelantan-Sarawak dan Kedah-PKNS.

Kelantan yang hadir dengan reputasi sebagai juara Liga Super dan naib juara Piala FA musim lalu, seharusnya mudah melepasi pusingan awal itu di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bahru tetapi Sarawak yang mula mempamer kebangkitan pada dua perlawanan terakhir liga, tidak boleh dipandang remeh.

Ketika barisan Robert Alberts kian serasi dengan penyerang baru dari Croatia, Vedran Muratovic pada tiga perlawanan terakhir, Kelantan pula dilihat masih bergelut dengan penyerang barunya, Nwoha Onyekachi yang menggantikan Mohammed Ghaddar.

Pertembungan sengit juga dijangka meletus di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, apabila skuad Hobin kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah mahu mengulangi kemenangan dalam Liga Super ke atas skuad K Devan yang dicatat di Pasir Gudang.

Johor FC yang dikejutkan Sarawak 2-1 dalam saingan Liga Super Selasa lalu, pastinya mahu mengubat kekecewaan itu, sekali gus membalas dendam kekalahan dan mencari tonik dalam meneruskan cabaran apabila Liga Super bersambung nanti.

‘Perang’ juga dijangka meletus di Stadium Darulaman, apabila Kedah dan PKNS yang kini berada dalam kelompok empat terbawah Liga Super hasil hanya sekali kemenangan selepas lapan perlawanan, mahu melangkah jauh dalam saingan Piala FA.

Tatkala tiga pertempuran sengit itu meletus, penyandang juara, Terengganu, juga berhati-hati apabila bertemu Polis terutama selepas kehilangan dua tonggak pertahanan – Muslim Ahmad dan Zubir Azmi – yang menyertai kem latihan bersama skuad Olimpik kebangsaan.

T-Team, Lions XII, Selangor dan Kuala Lumpur yang bertemu pasukan Liga Perdana dan Liga FAM, dijangka mara mudah ke pusingan seterusnya tetapi tetap berhati-hati dengan perangkap pasukan kecil bertaraf kelab yang mengimpikan gelaran ‘pembunuh gergasi’.

Jadual Pusingan Pertama Piala FA 2012

    17 Februari 2012 (Jumaat)

  • Perak vs ATM 8.45 mlm (Live Astro Arena)
    18 Februari 2012 (Sabtu)

  • UiTM vs Lions XII 4.15 ptg (Live Astro Arena)
  • Betaria FC vs Melaka 4.15 ptg
  • Pos Malaysia vs USM FC 4.15 ptg
  • KL SPA vs Johor MBJB 4.15 ptg
  • N.Sembilan vs Johor FC 4.15 ptg
  • Shahzan Muda vs Selangor 8.45 mlm
  • Kelantan vs Sarawak 8.45 mlm (LIVE TV1)
  • Terengganu vs PDRM 8.45 mlm
  • K.Lumpur vs MP MUar 8.45 mlm
  • PKR FC vs P.Pinang 8.45 mlm
  • Kedah vs PKNS FC 8.45 mlm
  • Perlis vs SDM K.Batas 8.45 mlm
  • Johor vs T-Team 8.45 mlm
    19 Februari 2012 (Ahad)

  • Sime Darby vs Sabah 4.15 ptg
  • Felda United vs Pahang 8.45 mlm

Main topics: Piala FA

Sub topics: ,


Readers Comments (1)

  1. jombizz.com

    “Uitm dihatiku”, Jom seluruh warga Uitm Ramaikan Stadium Uitm Shah Alam…

     Reply