Sunday, 14/04/2013


Sathianathan beri amaran pemain hilang tumpuan

Published on January 15, 2010 by   ·   No Comments

WALAUPUN baru menghadapi dua perlawanan dalam Liga Super, Jurulatih Kelantan, B Sathianathan memberi amaran kepada anak buahnya agar sentiasa fokus sepanjang 90 minit permainan terutama sekali selepas menjaringkan gol pendahuluan.

Beliau mengulas mengenai perlawanan menentang Johor di Stadium Sultan Muhamed IV malam tadi apabila anak buahnya berjaya menjaringkan gol seawal minit ketiga namun selepas itu mereka seolah-olah hilang fokus.

Malah katanya, corak permainan yang menjadi tidak teratur itu menyebabkan ada segelintir penyokong yang marah dan seperti kebosanan menyaksikan perlawanan berkenaan.

“Jaringan awal itu menyebabkan pemain seperti berada di dalam zon selesa sehingga merencatkan setiap pergerakan yang dirancang.

“Saya tidak mahu keadaan seperti ini berulang. Kita sepatutnya perlu kekal fokus untuk memastikan strategi yang dirancang berjalan lancar dan penonton juga berpuas hati,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Kelantan berjaya membenam pasukan Johor dengan jaringan 3 - 0 selepas dua lagi gol disumbat oleh Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke 47 dan kapten, Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 49.

Walaupun tuan rumah dilihat mengasak pasukan pelawat sejak tiupan wisel permulaan namun mereka gagal menambah sebarang jaringan pada babak pertama malah dilihat banyak melepaskan bola.

Johor yang hanya sesekali melakukan asakan hampir memperolehi jaringan penyamaan melalui tandukan kencang Mohd. Faizol Hussain pada minit ke-42 yang berpunca daripada satu sepakan sudut bagaimanapun penjaga gol baru Kelantan,

Syed Adney Syed Husain berjaya menepis kemas.

Babak kedua perlawanan ternyata berjaya memberi senyuman kepada B Sathianathan apabila anak didiknya tidak langsung memberi peluang kepada pasukan selatan tanahair itu yang mendapat jolokan Si Jengking.

“Saya berpuas hati dengan corak permainan pada malam ini, jaringan tiga gol sudah memadai bagi saya. Walaupun kita agak tenggelam di separuh masa pertama, namun kita bangkit di separuh masa kedua dan berjaya menjaringkan dua gol.

“Untuk perlawanan akan datang, saya berharap agar pemain dapat memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut,” jelasnya.

Kelantan yang kini mengutip empat mata daripada dua perlawanan akan berhadapan Perlis yang pernah ditewaskan dalam separuh akhir kempen Piala Malaysia edisi lalu, di Kangar, Sabtu ini.




Related posts

coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News