Sunday, 14/04/2013


Kedah tersungkur, Kelantan lonjak tangga kedua

Published on January 13, 2010 by   ·   No Comments

SELEPAS menang bergaya ketika menumpaskan Johor di tempat lawan Sabtu lepas, Kedah nyata gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di padang sendiri apabila tumpas 0-1 kepada Perlis dalam aksi Liga Super malam ini.

Mohd Azrul Ahmad memusnahkan harapan penyokong setia pasukan Hijau Kuning untuk melihat pasukan kesayangan mereka mengutip tiga mata penuh apabila dia menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-18. (lihat video)

Bagi Perlis, kemenangan di ALOR SETAR malam ini membolehkan pasukan Singa Utara itu menebus kehampaan selepas tumpas di tempat sendiri kepada Johor FC dalam aksi pembukaan liga, Sabtu lepas.

Di KOTA BHARU, Kelantan beraksi cemerlang dengan menjadikan Johor sebagai mangsa apabila membelasah pasukan Jengking 3-0, sekali gus melonjakkan skuad The Red Warriors itu ke tangga kedua liga. (lihat video)

Kemenangan itu nyata menggembirakan para penyokong skuad Kijang selepas hampa ekoran keputusan seri tanpa jaringan dengan Terengganu di sebalik menguasai sepenuhnya perlawanan berkenaan, pada aksi pembukaan Liga Malaysia tiga hari lalu.

Kelantan mendahului Johor 1-0 pada babak pertama dan menambah dua lagi gol selepas rehat. Akmal Rizal Ahmad Rakhli membuka tirai jaringan seawal minit kedua dan diikuti jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi (minit ke-49) serta Indra Putra Mahayuddin (minit ke-57).

Kemenangan malam ini membolehkan Kelantan naik ke tangga kedua liga, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Selangor yang membelasah Kuala Lumpur 4-1 di Shah Alam semalam.

Di PASIR GUDANG pula, Negeri Sembilan terpaksa bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dengan Johor FC pada penghujung perlawanan dalam aksi yang berlangsung di Stadium JCorp.

Gol Johor FC dijaringkan oleh Wan Rohaimi Wan Ismail pada minit ke-75 manakala Negeri Sembilan menerusi sepakan Norizam Salaman (m-83).

Keputusan itu nyata bukan sesuatu yang menggembirakan buat Juara Piala Malaysia 2009 itu selepas hanya mampu memungut satu mata daripada dua aksi pembukaan liga.

Pada perlawanan pertama Sabtu lepas, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hasan itu dikecewakan Selangor 2-1 walau pun terlebih dahulu mendahului lawannya itu 1-0 di awal saingan.




Related posts

coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News