KELANTAN kembali bangkit daripada aksi mengecewakan ketika seri tanpa jaringan dengan Perak, Selasa lalu dengan membenam Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini.
Bagaimanapun peminat tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal V Jaganathan untuk Pulau Pinang mendahului 1-0 pada minit ke-13 sebelum Norshahrul Idlan Talaha menyamakan kedudukan pada masa tambahan babak pertama.
Kelantan hanya mengambil masa lima minit pada babak kedua untuk menambah gol kedua sekaligus mendahului pelawat 2-1 juga menerusi jaringan Norshahrul.
Norshahrul sekali lagi muncul watak pemusnah pasukan Pulau Mutiara apabila melengkapkan jaringan hatrik untuk peribadinya pada malam ini menerusi gol pada masa kecederaan untuk keputusan penuh 3-1 memihak tuan rumah.
Kemenangan malam ini membolehkan Kelantan naik satu tangga untuk menghuni kedudukan keempat carta Liga Super dengan 12 mata hasil tiga kemenangan tempat sendiri dan tiga kali seri di gelanggang lawan.
Kekalahan tunggal pasukan Kelantan setakat ini ialah dalam aksi menentang Kedah di Kota Bharu, 19 Januari lalu.
Tags: Kelantan, Kota Bharu, Liga Malaysia, Liga Super, Norshahrul Idlan Talaha, Pulau Pinang
[...] Kelantan 3-1 Pulau Pinang [...]
memang tak rugila beli norshahrul ni
memang mantop..