Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM
JUARA Piala Malaysia 2010, Kelantan membolot lima anugerah utama pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM yang berlangsung di Petaling Jaya Hilton, tengah hari tadi.
Penyerang utama The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha memenangi dua kategori, Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP) manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat turut menang dua kategori, Penjaga Gol Terbaik serta Pemain Muda Terbaik.
Melengkapkan musim gemilang buat pasukan Kelantan apabila jurulatihnya, B Sathianathan diumumkan sebagai Jurulatih Terbaik selepas membimbing The Red Warriors muncul naib juara Liga Super di samping menjuarai Piala Malaysia pada Sabtu lepas.
Pada anugerah sama tahun lalu, Anugerah Pemain Paling Bernilai juga dimenangi pemain pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.
Kategori lain menyaksikan bek pasukan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Razak memenangi anugerah Pemain Pertahanan Terbaik dan Baddrol Bakhtiar (Kedah - Pemain Tengah Terbaik).
Juara Liga Super, Selangor pula meraih anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik (FA) sementara Johor FC menang kategori Kelab Bola Sepak Terbaik.
Bagi anugerah Kelab Penyokong Terbaik pula dimenangi Kelab Penyokong Pasukan Kedah.
LIHAT SENARAI PENUH PEMENANG (KLIK)
Tags: Anugerah, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, Kelantan