MANCHESTER United menempah tempat ke pusingan terakhir 16 pasukan pada saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Rangers, di Stadium Ibrox, awal pagi tadi.

Gol tunggal itu diperoleh menerusi jaringan penalti Wayne Rooney, sekali gus menandakan kembalinya penyerang England itu selepas dilanda kontroversi mahu meninggalkan United sebelum ini.

Sebelum itu menyaksikan beberapa percubaan bahaya ke arah pintu gol Rangers menerusi tandukan Michael Carrick dan Dimitar Berbatov.

Bagaimanapun, kesilapan pertahanan Rangers, Steven Naismith mengkasari Fabio menyaksikan Rooney tidak mempunyai masalah untuk menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-87.

Kemenangan itu yang keempat daripada lima perlawanan bagi United di peringkat Kumpulan C, sekali gus menyaksikan United kukuh di tangga teratas.

Rangers sebaliknya berputih mata selepas kelab Sepanyol, Valencia mara dengan kemenangan besar 6-1 ke atas Bursaspor, juga dalam Kumpulan C.

“Kami tahu perlawanan ini memang sukar. Kami berjaya bergerak dengan hebat dengan disiplin pemain yang tinggi,” kata pengurus United, Alex Ferguson.




coded by nessus

Main topics: Liga Juara Eropah

Sub topics: , , ,


Readers Comments (0)