WAYNE Rooney sah akan turun beraksi mengisi kesebelasan utama dalam perlawanan genting Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang musuh setempat, Manchester City awal malam ini.

Kemenangan amat penting buat kedua-dua pasukan, Manchester United perlu menang untuk memastikan mereka kekal dalam pemburuan gelaran EPL yang tampak makin sengit di penghujung musim.

Manakala tuan rumah Manchester City pula turut memerlukan tiga mata penuh untuk menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

City kini hanya satu mata mengatasi Tottenham untuk berada di tangga keempat liga iaitu tempat terakhir untuk slot Liga Juara Eropah.

Ketika City berdepan halangan getir,lawan Spurs malam ini juga bukan calang-calang apabila menghadapi tentangan pendahulu EPL, Chelsea yang tentunya tidak mahu mencicirkan sebarang mata bagi mengukuhkan cengkaman di persada liga.

Mahu tidak mahu, keempat-empat pasukan berkenaan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Jika tidak, gelaran yang sudah dalam genggaman boleh jadi terlucut manakala tempat ke Eropah juga mungkin terlepas.

City, United, Chelsea atau Spurs. Siapa bakal berputih mata?

Leave a Reply