MANCHESTER United kembali memberi tekanan kepada dua pasukan teratas liga, Chelsea dan Arsenal selepas mencatat kemenangan meyakinkan ke atas West Ham di Old Trafford awal pagi tadi.
Penyerang United, Wayne Rooney akhirnya menamatkan kemarau jaringan sejak Mac lalu selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pembukaan pada minit ke-33.
Nani dan Dimitar Berbatov menjaringkan dua lagi gol di babak kedua untuk menjadikan kedudukan 3-0 sehingga tamat perlawanan.