JUALAN jersi baharu Manchester United keluaran Adidas melakar rekod baru apabila laris dijual termasuk di Megastore Old Trafford.

Ketua Eksekutif syarikat pengeluar barangan sukan dari Jerman itu, Herbert Hainer mendedahkan perkara mengejutkan itu ketika persidangan bagi mengumumkan keputusan Q2 dalam bursa saham.

Adidas menandatangani kontrak untuk menaja United selama 10 tahun dengan nilai tajaan sebanyak £750 juta bermula musim ini.

Kit baharu itu dilancarkan pada 1 Ogos lalu selepas kontrak tajaan United dengan Nike tamat pada Julai.

“Pada Sabtu lalu kami bertemu dengan Manchester United, salah sebuah kelab terkenal dan berjaya di dunia untuk melancarkan jersi baru mereka.

“Sambutan awal yang kami terima benar-benar mengejutkan kelab itu dan kami sebagai pemilik jenama.

“Megastore di Old Trafford juga melakar rekod jualan bukan hari perlawanan, 50 peratus lebih tinggi daripada rekod sebelum ini,” jelas Hainer.

Menurutnya, jualan di tempat-tempat lain juga meningkat hampir empat kali ganda daripada berbanding selepas pelancaran jersi United sebelum ini.

Leave a Reply