ADAM Johnson menjaringkan gol pada babak kedua untuk Manchester City menang 2-1 menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam tadi.
Johnson yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-75.
Sebelum itu, City membuka jaringan seawal minit ke-18 menerusi ketua pasukan, Carlos Tevez. Tevez menjaringkan gol melalui sepakan penalti setelah dijatuhkan oleh Mike Williamson.
Enam minit kemudian, Newcastle menyamakan kedudukan melalui Jonas Gutierrez.
Gutierrez menyambar bola hasil dari kesilapan pemain pertahanan City yang tidak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan sempurna.
Dia kemudiannya merembat masuk dari jarak 10 meter untuk menewaskan penjaga gol, Joe Hart.
Kedudukan menjadi 2-1 memihak Manchester City setelah Johnson berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-75 sekaligus menghuni tangga kedua liga, hanya empat mata di belakang Chelsea. [LIHAT CARTA EPL]